Rss Feed
  1. Islam dan Keselamatannya

    Jumat, 23 Oktober 2015

           Sedikit Hadits Nabi SAW Mengenai Keadaan Akhir Zaman


    Orang Yang Tak Sedarkan Diri

    Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka" (HR Muslim)



    Menjual Agama Kerana Dunia

    Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang diperbuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula, padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka "Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung" (HR Tirmizi)



    Pendusta Dan Pengkhianat

    Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang ramai" (HR Ibnu Majah)



    Penindasan Terhadap Umat Islam

    Daripada Tsauban r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab "Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya "Apakah 'wahan' itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab "Cinta dunia dan takut mati" (HR Abu Daud)



    Namanya Saja Islam

    Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW "Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali " (HR Al-Baihaqi)



    Budaya Barat Ikutan Umat Islam Kini

    Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a. beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikut mereka" Sahabat bertanya "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang Tuan maksudkan?" Nabi SAW menjawab "Siapa lagi?" (HR Muslim)



    Ulama Tidak Dipedulikan

    Daripada Sahl bin Saad as-Sa 'idi r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan daku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab" (HR Ahmad)



    Ulama Agama Semakin Berkurang

    Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang ramai akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain" (HR Muslim)



    Golongan Anti Hadis

    Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Hampir tiba suatu zaman di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas kursi kemegahannya, lalu disampaikan kepadanya sebuah hadis dari hadisku maka dia berkata "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan, dan apa yang ia haramkan kami haramkan" (Kemudian Nabi SAW melanjutkan sabdanya) "Padahal apa yang diharamkan Rasulullah SAW itu samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan Allah SWT" (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)



    Berbangga-Bangga Dengan Masjid

    Daripada Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga umatku bermegah-megah dengan bangunan masjid" (HR Abu Daud)



    Tak Ada Imam Untuk Solat Berjemaah

    Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Akan datang suatu zaman, pada waktu itu orang banyak berdiri tegak beberapa lama, kerana mereka tidak mendapatkan orang yang dapat mengimami mereka solat" (HR Ibnu Majah)



    Penyakit Umat Islam Masa Kini

    Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu" Sahabat bertanya "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab "Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu sombong, 2.Terlalu mewah, 3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin, 4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi, 6.Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi" (HR Hakim)



    Perangkap Riba

    Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang pun kecuali dia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau dia tidak memakannya secara langsung, dia akan terkena debunya" (HR Ibnu Majah)



    Manusia Tak Peduli Mengenai Sumber Pendapatannya

    Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan daripada mana dia mendapatkan harta, apakah daripada sumber yang halal atau pun haram" (Riwayat Muslim)



    Khamar

    Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya akan ada sebahagian dari umatku yang meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain, sambil diiringi dengan alunan muzik dan suara biduanita. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah SWT akan mengubah mereka menjadi kera atau babi" (HR Ibnu Majah)



    Banyaknya Perzinaan

    Daripada Anas r.a. beliau berkata "Aku akan menceritakan kepada kamu sebuah Hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, banyak perzinaan, banyak kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nanti seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan" (HR Bukhari Muslim)



    Berpakaian Tetapi Telanjang

    Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda ''Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka, keduanya belum pernah aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, lenggang-lenggok sewaktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol (belakang unta). Kedua golongan ini tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau harumnya. Sesungguhnya keharuman syurga itu akan terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh (HR Muslim)



    Perilaku Manusia Masa Kini

    Daripada Aisyah r.a. beliau berkata "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapanya), hujan akan menjadi panas, akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan orang tua, dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik” (HR Thabrani)



    Anak Menjadi Tuan Kepada Ibunya

    Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang),; …kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah SAW " Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?" Lalu Nabi SAW menjawab, "Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya” Maka Jibrail berkata "Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya" maka Nabi SAW menjawab "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya, dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut, dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan" (Riwayat Muslim)



    Peperangan Demi Peperangan

    Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah dan sering terjadi al-Harj. Sahabat bertanya "Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Peperangan, peperangan, peperangan” Beliau mengucapkannya tiga kali. (HR Ibnu Majah)



    Perang Di Sekitar Sungai Furat (Iraq) Kerana Berebut Kekayaan

    Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, Iraq) menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah gunung dari emas. Banyak orang yang terbunuh kerana merebutnya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang, dan masing-masing yang terlibat berkata "Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu" Dalam riwayat lain disebutkan "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan dari emas, maka sesiapa sahaja yang hadir di situ janganlah dia mengambil sesuatu pun dari harta tersebut" (HR Bukhari Muslim)

    [Terdapat sebahagian pihak yang menyatakan bahawa perkataan emas dalam Hadis ini merujuk kepada petroleum]



    Islam Akan Pudar Secara Perlahan-Lahan

    Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Islam akan lenyap seperti hilangnya corak pada pakaian, sehingga orang tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan puasa, apakah yang dimaksudkan dengan solat, apakah yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadah), dan apakah yang dimaksudkan dengan sedekah. Al-Quran akan hilang semuanya pada satu malam sahaja, maka tidak ada yang tertinggal di permukaan bumi ini daripadanya walaupun hanya satu ayat. Sesungguhnya yang ada hanya beberapa kelompok manusia, di antaranya orang tua, lelaki, dan perempuan. Mereka hanya dapat berkata, Kami sempat menemui nenek moyang kami mengucapkan kalimat LAILAHAILLALLAH, lalu kami pun mengucapkannya juga” (HR Ibnu Majah)



    Perselisihan Yang Banyak

    Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. beliau berkata "Telah menasihati kami Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berikanlah pesanan kepada kami" Lalu baginda pun bersabda "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat" (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)



    Golongan Yang Selamat

    Daripada 'Auf bin Malik r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua akan masuk neraka. Sahabat bertanya "Golongan mana yang selamat?" Nabi SAW menjawab "Mereka adalah jemaah” (HR Ibnu Majah)



    Orang Asing

    Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW "Islam mula berkembang dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing" (HR Muslim)



    Kepayahan Orang Yang Beriman

    Daripada Anas r.a. Rasulullah SAW bersabda ''Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana orang yang berpegang teguh di antara mereka kepada agamanya laksana orang yang memegang bara api. (HR Tarmizi)



    Kesusahan Itu Lebih Baik Daripada Kesenangan

    Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. Dan tidak ada di badannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya), dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kaabah?” Maka jawab sahabat "Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami pada waktu itu lebih baik daripada keadaan kami pada hari ini. Kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki" Lalu Nabi SAW bersabda "Tidak! Keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu" (HR Tirmizi)



    Golongan Yang Sentiasa Menang

    Daripada Mughirah bin Syu'bah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Sentiasa di kalangan umatku ada golongan yang sentiasa menang (dalam perjuangan mereka), sehingga tiba pada suatu waktu yang dikehendaki Allah SWT. Mereka senantiasa menang. (HR Bukhari)



    Pertempuran Dengan Dajjal

    Daripada Nafi' bin Utbah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan bertempur dengan Jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, kemudian kamu akan bertempur dengan Parsi, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; Kemudian kamu akan bertempur dengan Rom, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; Kemudian kamu akan bertempur dengan Dajjal, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu.” (HR Muslim)





  2. Selamat Siang teman-teman, disini Saya ingin memberikan penjelasan sedikt atau rangkuman dari mata kuliah Bahasa Indonesia yang Saya dapat dari Dosen saya untuk dikembangkan lagi sebagai tugas dari mata kuliah tersebut. Disini saya ingin mengembangkan sedikit pengertian dari Ilmu, Pengetahuan dan Bahasa.

    Ilmu merupakan kumpulan proses kegiatan terhadap suatu kondisi dengan menggunakan berbagai cara, alat, prosedur dan metode ilmiah lainnya guna menghasilkan pengetahuan ilmiah yang analisis, objektif, sistematis dan verifikatif.

    Pengertian Ilmu (science) dibagi kedalam unsur-unsur yang terkandung didalamnya yaitu :
    1 . Teoritis (theoretical), adalah pikiran atau pola pikir yang mendasarkan semuanya dari teori-teori yang ada sebagai landasan tindakannya. Menjadikan sebuah atau beberapa teori sekaligus yang punya keterkaitan sebagai landasan berfikir dan bersikap dalam menyingkapi atau menghadapi masalah.
    2. Penelitian (research), inilah salah satu hal penting dalam ilmu karna penelitian merupakan suatu penyelidikan yang atau usaha yang sistematis dan terorganisasi untuk menyelidiki masalah tertentu yang memerlukan jawaban.
    tujuannya adalah untuk penemuan,pembuktian dan pengembangan. berguna untuk memahami masalah, memcahkan masalah dan mengantisipasi masalah.
    3. Metode (method), dimana metode ini adalah Cara, yaitu jalan atau cara yang harus dilalui untuk mencapai tujuan tertentu.
    dibagi menjadi : Ontologi yang memberikan pertanyaan (Apa), ontologi adalah ilmu yang membahas tentang hakikat yang ada, yang berbentuk konkrit maupun abstrak. biasanya ontologi dihubungkan dengan metafisika yaitu cabang ilmu filsafat yang berbicara mengenai keberadaaan dan eksitensi
    selanjutnya, Epistemologi yang memberikan pertanyaan (Bagaimana,Kenapa), epistemologi diperoleh oleh manusia melalui akal, indra dan menyimpulkan pertanyaan-pertanyaan hasil observasi yang disimpulkan dalam suatu pernyataan yang lebih umum dan yang terakhir adalah Aksiologi yang memberikan pertanyaan (untuk apa) dimana hal ini untuk mempertanyakan bagaimana manusia menggunakan ilmunya.
    4. Dinamis(dynamic), disini ilmu bersifat dinamis karna kehidupan manusia berlangsung selalu berubah-ubah.
    terbagi kedalam : Hipotesa yaitu dugaan/ pernyataan sementara yang diungkapkan yang menjadi jawaban dari sebuah permasalahan, Selanjutnya ada Sintesa yaitu jawaban atau kesimpulan atas pertentangan yang dibuat antara tesis dan antitesa sehingga menjadi satu hal utuh yang merupakan hasil ilmiah yang baru.
    dan yang terakhir adalah Antitesa : hasil sebuah riset ilmiah yang menggambarkan keterbaikan atau sangkalan atas tesis yang yang ada sebelumnya dengan maksud menyeluruhkan tesis itu.
    Pengetahuan (knowledge ) merupakan kumpulan fakta yang meliputi bahan dasar dari suatu ilmu, sehingga pengetahuan belum bisa disebut sebagai ilmu, tetapi ilmu pasti merupakan pengetahuan.

    Pengertian pengetahuan (knowledge) dibagi kedalam unsur-unsur yang terkandung didalamnya yaitu
    1. Statis, bahwa seseorang dengan kecerdasan statis mendapatkan pengetahuan dengan cara menerimanya, menghafalnya, menyimpannya,  dan mengumpulkannya.
    2. bersifat Konkrit yakni benar-benar, selanjutnya Aplikatif yaitu dapat diaplikasikan, dipergunakan, dilaksanakan dan dapat diterapkan dalam kehidupan nyata. Dapat dilihat langsung oleh panca indra dan dapat diambil dari pengalaman orang lain atau diri sendiri.
    Bahasa dalam pengertian sederhana adalah untuk menyampaikan sesuatu yang terlintas didalam hati.
    namun, lebih jauh bahasa adalah alat untuk berinteraksi, alat informasi atau alat untuk berkomunikasi. Dalam arti lain adalah alat untuk menyampaikan pikiran,gagasan,konsep atau perasaan. bahasa dapat ditinjau dari masa prakebudayaan dan kebudayaan sedangkan tulisan dalam masa prasejarah dan sejarah.

    # Kesimpulannya adalah Perkembangan Ilmu Pengetahuan semakin hari semakin berkembang begitu pula dengan perkembangan bahasa yang juga semakin berkembang karena hubungan ilmu pengetahuan dengan perkembangan bahasa tidak bisa dipisahkan. Khusus nya Bahasa Indonesia juga semakin berkembang dengan perkembangan ilmu pengetahuan yang berkembang di wilayah indonesia. Bahasa Indonesia sangat dibutuhkan untuk melakukan komunikasi dalam pengembangan riset-riset iptek ataupun menemukan ilmu-ilmu terapan yang baru agar setiap orang dapat dengan mudah dapat memahami apa yang telah ditemukan itu. 



  3. Jenis musik ini yang bikin gue semangat terus :)


  4. saat terbaik dalam hidupku adalah
    dengan kamu
    tetaplah disini semua kenang
    :*

    hitam putih atau berwarna
    gelap terang siang dan malam
    selamanya

    tetaplah disini semua kenang
    genggam tanganku sayang

    hitam putih atau berwarna
    gelap terang siang dan malam
    selamanya

    ini pertama kali ku gunakan kata “cinta”
    dalam lagu tentang aku dan dia
    semua ? terjawab dengan
    ( :
    singkat kata ku bahagia

    dengar jantung ini berdetak untukmu
    berlutut ku meraih jari manismu
    kugenggam tanganmu
    you know that i love you so much
    dengar jantung ini berdebar untukmu
    berlutut ku meraih jari manismu
    kugenggam tanganmu
    you know that i love you so much

    ini pertama kali ku gunakan kata “cinta”
    dalam lagu tentang aku dan dia
    semua ? terjawab dengan
    ( :
    singkat kata ku bahagia

    ===============
    by Dochi Sadega
    Fluktuasi Glukosa
    lyrics and song by Dochi Sadega

profil